Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India ,dan lain-lain. Oleh itu, setiap
kaum mempunyai pakaian yang berbeza. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan
pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna.
Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang
diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Kini, pakaian tradisional
seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan
dengan meluas.
Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlinkungan dari empat ke Sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir le atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.
BAJU KURUNG KAUM MELAYU
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di
tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju
kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah baju longgar yang labuh,
kadang-kala hingga ke lututdan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat
tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti
songket atau batik.
BUSANA KAUM CINA
Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya
Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk
tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka
yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang
asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera.
Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden
berkolar tinggi lengan besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam. Sepasang
Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan
kesejahteraan.
Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi. Wanita
menggayakan Cheongsam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga
sebagai baju Hong Kong.
SARI KAUM INDIA
Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlinkungan dari empat ke Sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir le atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang.
SALWAR KAMEEZ KAUM INDIA
Salwar kameez (juga dieja shalwar kameez atau shalwar
qameez) adalah sebuah pakaian tradisional dipakai oleh wanita dan lelaki di
Asia Tenggara. Salvar atau shalvar adalah seluar serupa baju tidur. Kakinya
adalah lebar di atas, dan sempit di kuku lali. Kamiz adalah sebuah baju panjang
atau tunic. Kelim tepi (digelarkan chaak), dibiarkan buka di bawah baris
pinggang, memberikan pemakainya lebih mudah bergerak.
PAKAIAN TRADISI KAUM KADAZAN
Terdapat tiga jenis pakaian yang selalu digunakan oleh kaum
wanita iaitu baju tanpa lengan dipadankan dengan skirt pendek, baju berlengan
pendek dan baju lengan panjang. Selain itu,terdapat dua jenis pakaian kaum
lelaki iaitu baju lengan pendek dan lengan panjang yang dipadankan dengan
seluar panjang.
Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju
baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai
sundi dari kain destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang
dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni.
No comments:
Post a Comment